Hello Mello.
Assalamualaikum.
Ehem ehem nak habaq mai yang aku akhirnya dah abeh dah belajaq! terlambat sikit dari kengkawan yang lain tapi abeh dah jugak :) kalau dok kira balik dekat setengah tahun jugak la aku dok praktikal kat Penang ni..jadi harus lah pergi meronda ye tak? hee.
latest aku praktikal kat Hospital Seberang Jaya. kat sebelah tanah besar ni takde apa yang best sangat so kami decide pi belah Pulau sana nun. baru syiokkkk XD. sebab kami ni ramai nak sewa keta pun tak cukup untuk menampung badan-badan kami ni. jadi atas jasa baik terapis kami, Cik Fadila dapat lah kami meronda Penang dengar hanya topup duit minyak ALZA beliau :)
Destinasi yang memang dirancang untuk pergi ialah Bukit Bendera
ada yang tak penah pegi ada yang pegi masa kecik-kecik.
jadi sememangnya kami excited!
Tiket nak naik ni RM8.
tapi sebab kami ni ada student ID rate dia RM4.
memang saving habis la. kesian Cik Fadila takde student ID yea. hihi
kami pegi weekend jadi memang ramai orang la.
3 orang ni berjaya meloloskan diri sebab tak sabar sangat :P
tadaaa.
usaha gigih kami berjaya dok depan sekali.
sebelah abe driver lagi.
baru la syok tengok pemandangan!
walau pun jenuh jalan kaki naik kat atas ni yang penting nyaman!
siap ada kabus lagi okay.
*abaikan muka aku
sambil makan aiskrim sambil ambik gambar.
tempat ni aku tak ingat apa dia.
tapi dia macam post guard kalau tak silap.
rehat jap amik gambor.
penat menapak naik ke atas ni.
kaki pun dah penat.
nak sewa benda alah ni tak mampu, jadi kami soh
jejaka dua orang ni tolak je lah..hihi
turun dari bukit bendera, kami terus ke Gurney.
ingat nak posing sakan kat situ tapi hujan.
so duduk kejap je la..
alang-alang dah satu jalan, kami singgah jap kat Botanical Garden aka Kebun Bunga.
cuaca pun dah elok tak hujan.
paling lawak kejadian kat sini kena kejar ngan MONYET!
boleh dia bantai air 100Plus yang RM2.20 tuh.
siot gila. sabor je lah.
okay masing-masing berharap ada putera katak muncul di celah-celah tuh.
memang harapan la kann.
dah kalau pegi kebun bunga mesti lah amik gambor ngan bunga ye tak?
habis jalan-jalan situ, kami pergi lunch kat area stadium tempat aku tinggal dulu.
dah tu pi solat semua, terus pi Padang Kota sebelum balik..
okay sila noted yang aku nampak gebu dalam gambar ni
T__T
balik naik feri !
excited memang macam apa ntah.
nak cari jellyfish tapi takde pulok..
bila dah jalan -jalan perut memang selalu je mintak diisi.
so kami ke Aydy's Cafe.
dia provide makanan western dengan harga yang berpatutan.
so mine is fish & chip.
mashed potato dia memang sedap gila sampai kengkawan punya pun aku bantai sekali
^_^
kepada Cik Fadila, jasamu dikenang!
terima kasih sudi layan karenah kami yang ting tong nih..